Dua Penuntut Cuba Seleweng Cek Dikenakan Bon

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua penuntut kolej dikenakan bon berkelakuan baik oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mereka mengaku bersalah cuba menunaikan cek bukan milik mereka minggu lepas.

Majistret Mohd Azali Ibrahim memerintahkan Mohamad Shahir Zakaria dan Mubisshafik Mansor, kedua-duanya 21 tahun, dijamin dengan bon bercagar sebanyak RM2,000 selama dua tahun setelah mereka mengaku bersalah cuba menunaikan sekeping cek bernilai RM8,000 yang bukan milik mereka di Maybank Jalan Sungai Besi pada 3.55 petang 15 Mac lepas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 511 dan Seksyen 34 Kanun yang sama yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Naqiah Muda manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aizam Aiza Zamran.

Naqiah, ketika memohon hukuman yang ringan, berkata Mohd Shahir dan Mubisshafik masih menuntut dan sekiranya mereka dihukum penjara, ini akan menjejaskan masa depan mereka. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan