Pembekal Makanan Saman Akademi Maritim RM9 Juta Kerana Didakwa Batal Kontrak - Berita Mahkamah | mStar

Pembekal Makanan Saman Akademi Maritim RM9 Juta Kerana Didakwa Batal Kontrak

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sebuah syarikat pembekal makanan hari ini memfailkan saman tuntutan kerugian bernilai kira-kira RM9.08 juta terhadap Akademi Maritim Malaysia kerana didakwa membatalkan kontrak pembekalan makanan bermasak tanpa sebarang alasan menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian.

Saman difailkan oleh Ab. Halim Enterprise di Mahkamah Tinggi di sini kira-kira pukul 9.35 pagi.

Pemilik syarikat itu, Datuk Ab. Halim Awang berkata, saman terbabit dibuat selepas kontrak pembekalan makanan bermasak selama tiga tahun bermula 1 Ogos 2008 kepada Kampus Akademi Maritim Malaysia di Batu Rakit dekat sini ditamatkan enam bulan kemudiannya. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan