Mahkamah Tolak Saman Tengku Fakhry Terhadap Dua Pegawai Istana Kelantan

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah yang dikemukakan oleh Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra terhadap dua pegawai Istana Kelantan berhubung masalah rumahtangganya.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamar setelah membenarkan permohonan Nik Mahmud Nik Jaafar, 32, seorang pegawai tadbir di Pejabat Sultan Kelantan, dan Datuk Abdul Halim Hamad, 58, Pengelola Istana Kelantan, supaya saman itu ditolak.

Peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, memberitahu pemberita bahawa saman itu ditolak dengan alasan ianya cacat daripada segi undang-undang kerana ia tidak menjelaskan sepenuhnya kandungan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu.

Mahkamah juga mengarahkan putera Sultan Kelantan itu membayar kos RM5,000 kepada Nik Mahmud dan Abdul Halim.

Mohd Haaziq berkata beliau akan mendapatkan arahan daripada Tengku Muhammad Fakhry sama ada akan membuat rayuan atau mengemukakan semula saman itu kerana ia ditolak tanpa kes itu didengar.

Peguam Datuk Cecil Abraham dan Sunil Abraham mewakili Nik Mahmud dan Abdul Halim.

Pada 10 Ogos 2009, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua defendan itu bertarikh 15 Jun 2009, yang didakwanya menyentuh masalah rumahtangganya dengan isterinya Manohara Odelia Pinot, seorang model dari Indonesia.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang yang mendera isterinya dan beliau juga telah disisih oleh ayahandanya dan juga Istana Kelantan.

Dalam kenyataan pembelaan mereka pula, Nik Mahmud dan Abdul Halim berkata mereka sekadar menjalankan tugas istana setelah menerima perintah Pemangku Raja Kelantan.

Menurut mereka, masalah rumahtangga antara Tengku Muhamad Fakhry dan isterinya adalah urusan peribadi pasangan itu dan tidak ada kaitan dengan urusan Pejabat Sultan Kelantan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan