Lelaki Dipenjara Curi Telefon Bimbit, Hubungan Seksual Paksaan

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis, mencuri telefon milik gadis berumur 19 tahun dan turut melakukan hubungan seksual secara paksa terhadap wanita itu, dipenjara empat tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Fathiyah Idris membuat keputusan itu terhadap Azrol Amri Abdul Kahar, 28, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Dia dikenakan penjara empat tahun untuk pertuduhan pertama iaitu melakukan hubungan seksual dengan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa.

Bagi pertuduhan kedua iaitu menyamar sebagai anggota polis, dia dipenjara enam bulan dan 20 bulan kerana mencuri telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa.

Fathiyah mengarahkan Azrol menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap, 4 Januari 2008.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukannya di Taman Danau Kota di antara 11 hingga 11.30 pagi, 4 Januari 2008.

Peguam Mohd Razlan Jalaludin yang mewakili Azrol dalam rayuan memohon hukuman dikurangkan memandangkan anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan tetap selain mempunyai masalah kewangan ketika kejadian berlaku. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan