Bekas Atlet Sepak Takraw Wanita Dihadap Ke Mahkamah Kerana Miliki Dadah

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas pemain sepak takraw wanita kebangsaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengambil dadah jenis methamphetamine.

Nor Ain Md Nor, 20 yang juga bekas pemain pasukan sepaktakraw Terengganu dituduh melakukan kesalahan itu bersama tiga lagi rakannya termasuk seorang wanita pada Ahad lepas di sebuah hotel di Jalan Cherong Lanjut dekat sini kira-kira pukul 11 malam.

Turut mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan yang sama ialah seorang rakan wanita atlet itu, Nurul Amirah Kamaruddin, 24.

Bagaimanapun, dua lelaki yang juga rakan atlet itu, Mohd Suhaimi Mohamad, 26 dan Reinno S.Rafiqi, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mereka yang berasal dari sekitar Kuala Terengganu dituduh secara berasingan mengambil dadah jenis Methamphetamine di tempat serta masa yang sama yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1) (A) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka dituduh memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 3.5gram di tempat dan masa yang sama dan dengan itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM100,000.

Bagi pertuduhan itu, tiada sebarang pengakuan direkodkan dari keempat-empat tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Wan Nor Aklima menetapkan 26 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan keputusan ujian air kencing.

Mahkamah kemudian menawarkan ikat jamin sebanyak RM2,700 seorang bagi setiap pertuduhan. Hanya Mohd Suhaimi tidak membayar ikat jamin dan dihantar ke penjara Marang sementara menunggu tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa Inspektor R. Ravi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan