Penganggur Dihadap Ke Mahkamah Atas Tuduhan Edar Dadah

Diterbitkan: Rabu, 24 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh mengedar dadah yang disyaki heroin seberat 28 gram.

Tertuduh, Mohamad Faizal Mansor, 29, berasal dari Kampung Bukit Tok Ris di sini, didakwa melakukan perbuatan tersebut di tepi sebuah rumah di blok G, Taman Semarak, 11.30 malam 15 Mac lepas.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Yusoff Yunus mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut sementara menunggu hasil laporan kimia.

Tertuduh yang tidak ditawarkan jaminan diarah dihantar ke penjara Marang sementara menunggu tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan