Ejen Syarikat Jualan Langsung Didakwa Tipu Ahli Perniagaan AS RM1.87 Juta

Diterbitkan: Rabu, 24 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ejen syarikat jualan langsung dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas enam tuduhan menipu seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat melibatkan wang tunai RM1.87 juta tahun lalu.

Mohd Syafiq Sulaiman, 30, dari PPR Gombak Setia, Gombak mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut.

Mohd Syafiq didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas menipu John Bruce Urbahns dari Indianapolis, Indiana untuk mendepositkan wang tunai tersebut dalam satu skim pelaburan.

Transaksi pertama melibatkan RM153,890.46 pada 27 Ogos, kedua RM101,980.05 pada 3 Sept, ketiga RM297,346.50 pada 7 Sept, keempat RM520,434.54 pada 9 Sept, kelima RM551,152.52 pada 11 Sept dan terakhir sebanyak RM242,484.63 pada 16 Sept 2009.

Mohd Syafiq didakwa melakukan lima kesalahan pertama di Bank Islam Malaysia Berhad di Jalan Pandan Prima 2, Dataran Prima Ampang, Ampang.

Satu lagi kesalahan dilakukan di Al Rajhi Bank, Jalan Selaman, Dataran Prima, Ampang. Mohd Shafiq menghadapi kesemua tuduhan tersebut dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda.

Timbalan pendakwa Raya Nordalina Ali meminta mahkamah agar menetapkan jaminan sebanyak RM200,000 untuk keenam-enam kesalahan.

Peguam Datuk N. Sivananthan berkata mahkamah harus mengambil kira kesemua pertuduhan melibatkan seorang lagi yang masih bebas dan keluarga Mohd Shafiq hanya mampu menyediakan RM50,000 sebagai jaminan.

Hakim Noradidah Ahmad menetapkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan Mohd Shafiq menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 23 April depan untuk sebutan semula kes.

Ibu Mohd Shafiq membayar jaminan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan