Penyelenggara Pendingin Hawa Bebas Tuduhan Miliki Dadah

Diterbitkan: Selasa, 23 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang penyelenggara pendingin hawa daripada tiga tuduhan memiliki dadah.

Hakim Rosilah Yop yang membuat keputusan itu berkata pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Lim Wooi Pin, 23, yang dituduh memiliki heroin seberat 12.5 gram dan ketamin seberat 50.8 gram di premis bernombor 57, Jalan Khaw Sim Bee pada 10.30 malam 16 Feb tahun lepas.

Pertuduhan ketiga Lim didakwa memiliki kafein seberat 360.7 gram yang disenaraikan dalam jadual pertama akta racun. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya G. Jaya Prem manakala Lim diwakili peguam bela Husaini Abdul Rashid. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan