Kes Rogol: Penyanyi Era Tahun 70-an Kekal Jalani Hukuman Penjara - Berita Mahkamah | mStar

Kes Rogol: Penyanyi Era Tahun 70-an Kekal Jalani Hukuman Penjara

Diterbitkan: Selasa, 23 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang bekas penyanyi, yang pernah popular dengan lagu berirama Hindustan pada tahun 1970-an kekal menjalani hukuman penjara 19 tahun bagi kesalahan merogol anak perempuannya sembilan tahun lalu.

Ini berikutan kegagalannya dalam rayuan akhir di Mahkamah Rayuan di sini hari ini untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen pada 2005.

Hakim tiga panel terdiri daripada Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop membuat keputusan itu setelah tidak bersetuju dengan hujah yang dikemukakan peguamnya T. Suresh mengenai pencanggahan keterangan mangsa di mahkamah dan keterangannya kepada pakar psikiatrik.

Hakim Suriyadi berkata adalah normal bagi seseorang kanak-kanak untuk memberikan keterangan berbeza kerana perbezaan keterangan, kadang-kadang bukan melemahkan tetapi menunjukkan bahawa kanak-kanak itu memberi keterangan yang betul.

Beliau berkata sekiranya kanak-kanak bercakap sesuatu perkara yang sama daripada A sehingga Z, ia ada yang tidak kena, kerana kanak-kanak itu mungkin telah dilatih untuk menyatakan sedemikian.

Penghibur 59 tahun itu, yang menguruskan gerai makanan, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada April 29 2005 terhadap tuduhan merogol anak perempuannya yang ketika itu berumur 11 tahun dan 10 bulan, di rumah penyanyi itu di Sentul, Kuala Lumpur pada pukul 5.30 petang, 26 September 2001.

Dia juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara pada 25 Ogos 2008.

Menurut keterangan kes, mangsa tinggal bersama neneknya di Shah Alam dan kembali ke rumah ibu bapanya di Sentul semasa cuti persekolahan.

Pada hari kejadian, bapa mangsa sepatutnya menghantar mangsa balik ke rumah neneknya di Shah Alam untuk memulakan penggal persekolahan pada keesokan hari tetapi kereta bapanya rosak di pertengahan jalan menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berpatah balik ke Sentul. Mangsa dirogol pada petang berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan