Pelayan Restoran Didakwa Bersubahat Bunuh Bayi

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seorang pelayan restoran berusia 23 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan bersubahat membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkannya 3 Mac lepas.

Tertuduh, Menti Buda Simunjan yang bergari tangannya, tenang ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tiada pengakuan direkodkan.

Menti, yang tidak diwakili peguam didakwa atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Gadis yang bertubuh kecil itu didakwa berkomplot dengan teman lelakinya, yang masih bebas, membunuh bayi perempuannya di sebuah longkang besar di hadapan restoran di Stutong di sini antara 12.30 hingga 2.30 pagi, 3 Mac lepas.

Majistret Portia Tham Ong Leng menetapkan 20 April depan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan laporan bedah siasat dan laporan kimia diserahkan.

Tham memerintahkan gadis itu dihantar ke Hospital Sentosa di sini untuk menjalani pemeriksaan mental.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Azizah Hassan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan