Peguam Dibenar Jalani Hukuman Penjara Serentak Ke Pecah Amanah

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peguam kanan yang telah dipecat oleh Majlis Peguam beberapa tahun lepas, hari ini berjaya dalam rayuannya untuk menjalani dua hukuman penjara secara serentak atas dua kesalahan jenayah melakukan pecah amanah.

Tertuduh, Kow Chee Kang, 54, sebelum ini diarah menjalani hukuman tersebut secara berasingan.

Pada 8 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen memerintahkan Kow dipenjara lima tahun setelah didapati bersalah menggelapkan RM468,000 milik syarikat jualan borong dan tuduhan kedua RM16,000 kepunyaan pemilik bangunan Datuk Johari Muhamad Yusup.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di No 41-1, Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utama, Off Jalan Ipoh antara 11 Dis 2003 dan 25 Mei, 2004.

Bagi tuduhan pertama, Kow dipenjara tiga tahun dan didenda RM10,000 dan bagi kesalahan kedua, dia dipenjara dua tahun dan dikenakan denda RM6,000 dan hukuman penjara itu diarah dijalankan secara berasingan.

Di Mahkamah Tinggi hari ini, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan rayuan Kow yang meminta hukuman penjara itu dijalankan secara serentak dan mengekalkan jumlah denda RM16,000.

Mohd Zabidin berkata beliau bersetuju dengan keputusan mahkamah rendah menyabitkan kedua-dua kesalahan peguam itu tetapi hukuman penjara seharusnya dijalankan secara serentak kerana ia melibatkan satu transaksi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan