Ahli Perniagaan Didakwa Tipu RM40,000

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menipu seorang pengarah urusan syarikat membabitkan jumlah RM40,000 bagi mendapatkan kononnya sebuah projek lebuh raya di Johor.

Datuk Azraie Jamaluddin, 33, mengaku tidak bersalah menipu Datuk Shahroldin Ali, 60, pengarah urusan syarikat Master Prestige Sdn Bhd, dengan mendorong beliau untuk menyerahkan wang tunai RM40,000 kepadanya dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa wang tersebut adalah untuk mendapatkan projek Lebuhraya Pasir Gudang-Johor Bahru itu daripada menteri kerja raya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Hotel Marriot, Putrajaya, di sini antara 10 pagi dan 12 tengah hari, 13 Ogos 2008.

Jika sabit kesalahan, Azraie boleh dihukum mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan boleh dikenakan hukuman.

Hakim Suzana Hussin membenarkan Azraie diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 19 April ini untuk sebutan semula kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan pendakwaan manakala Azraie diwakili peguam Azman Zakaria. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan