Saman Penerbit Drama TV3 Ditetapkan Pengurusan Kes 25 Jun

Diterbitkan: Khamis, 18 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah RM10 juta penerbit drama televisyen terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) atas dakwaan menyiarkan perkataan fitnah mengenainya dalam rancangan hiburan "Melodi", ditetapkan untuk pengurusan kes pada 25 Jun ini.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas berjumpa peguam Bernard Liew Kin Jong mewakili Jurey Latiff Mohd Rosli dan Ricky Wong bagi TV3.

Liew memberitahu wartawan bahawa mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak menyerahkan isu-isu yang dipersetujui dan ikatan nas undang-undang untuk dibicarakan kepada mahkamah.

Jurey Latiff yang juga Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, dalam samannya yang difailkan pada 13 Jan 2009, mendakwa rancangan Melodi yang disiarkan di TV3 pada 21 September 2008 pada 12.30 tengah hari dengan pengacaranya Nas Ahmad telah menyiarkan perkataan fitnah mengenainya.

Menurutnya perkataan fitnah itu bermaksud beliau adalah seorang yang tidak bermoral, suami dan bapa yang tidak jujur dan tidak bermoral dan suami dan bapa yang tidak bertanggungjawab, mengabaikan isteri dan anak kerana mempunyai hubungan sulit dengan seorang gadis sebaya dengan anak sulungnya.

Jurey Latiff berkata perkataan fitnah itu adalah palsu dan disiarkan dengan niat jahat sehingga merosakkan reputasinya sebagai penerbit drama dan didedahkan kepada kebencian dan kehinaan.

Beliau memohon ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teruk, teladan, kos dan lain-lain relif oleh mahkamah.

TV3 dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 10 Februari 2009 berkata perkataan itu disiarkan dalam keadaan perlindungan bersyarat.

Ia berkata sebagai penyiar awam, ia mempunyai kewajipan sosial dan moral untuk menerbitkan apa sahaja pengetahuan mengenai penerbit yang tidak jujur dan tidak bermoral bagi membolehkan orang awam mendapat pengetahuan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan