Transkrip Dari Rakaman Pita Tidak Sempurna

Diterbitkan: Rabu, 17 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Transkrip rakaman pita video mengenai sidang media Karpal Singh berhubung kenyataannya yang ingin menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah, adalah tidak sempurna, Mahkamah Tinggi diberitahu di sini hari ini.

Pegawai Penyiasat ASP Suhaimi Mohamad, 36, menjelaskan transkrip yang dilakukan oleh dua pegawai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) didapati mempunyai kekurangan dari segi ejaan dan juga beberapa soalan yang dikemukakan oleh wartawan pada sidang media itu tidak dimasukkan dengan sempurna.

Katanya, beliau menyemak status transkrip yang diterima pada 14 Feb lalu dan menghubungi semula pegawai itu empat hari kemudian dengan meminta mereka membaiki dan memperbetulkan semula transkrip berkenaan.

Ketika ditanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Melissa Mohd Akhir bagaimana beliau dapat mengesan kekurangan dan kesalahan yang dilakukan, beliau menjelaskan telah membuat perbandingan dengan menggunakan salinan cakera padat dengan transkrip asal.

"Setiap kali dibuat perbandingan itu dengan yang asal saya lihat banyak kekurangan dari segi ejaan dan beberapa soalan daripada wartawan tidak dimasukkan dan sehubungan dengan itu saya berpendapat transkrip itu perlu dibuat pembetulan," katanya.

Suhaimi merupakan saksi pendakwaan ke-19, memberi keterangan dalam kes perbicaraan Karpal Singh, 69, yang didakwa membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Perak pada sidang akhbar di pejabatnya di Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di sini antara 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari pada 6 Feb tahun lepas.

Bagi menjalankan siasatan mengenai sidang media itu, beliau telah membuat permohonan kepada Timbalan Pengarah Seksyen Berita TV RTM, Roslan Ariffin untuk mendapatkan salinan asal pita rakaman dan juga salinan semula dalam bentuk cakera padat.

"Saya telah membuat permohonan itu pada 15 Feb lalu kepada Roslan untuk mendapatkan kesemua salinan yang diperlukan dan telah menyerahkannya kepada pihak atasan dan telah memutuskan hanya pegawai dari RTM boleh melakukan transkrip itu," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak memberikan kesahihan yang tepat mengenai transkrip itu betul atau sebaliknya. Sehubungan dengan itu beliau telah menyerahkan transkrip tersebut untuk disemak oleh ACP Razali Mohd dan beberapa lagi pegawai kanan yang lain.

Kemudian, transkrip yang telah disemak dibawa ke Jabatan Peguam Negara dan diadakan pemeriksaan semula transkrip itu dan mengesahkan serta membenarkannya untuk digunakan.

Suhaimi, yang bertugas di Balai Polis Dang Wangi memberitahu mahkamah selepas sidang media Anggota Parlimen Gelugor itu pada 6 Feb tahun lepas, bahawa beliau telah menerima 103 laporan polis dari seluruh Semenanjung mengenai perasaan individu dan kumpulan yang tidak menyenangi kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh mengenai kuasa Sultan Perak.

Suhaimi turut bersetuju dengan cadangan Karpal Singh bahawa tiada kesalahan Sultan Perak boleh dibawa ke mahkamah mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau yang baru bertugas sebagai pegawai penyiasat selepas dinaikkan pangkat mengakui bahawa dirinya tidak arif mengenai undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdulah bersambung 7 Mei depan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan