JPJ Kelantan Kesan 439 Kes Kesalahan Jalan Raya Dalam Ops Penyamaran

Diterbitkan: Selasa, 16 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengesan 439 kes kesalahan jalan raya menerusi operasi penyamaran, atau juga dikenali sebagai "Ops Che Mate" yang dijalankan sejak 1 Mac hingga semalam.

Pengarahnya, Abdul Ghani Che Kassim berkata, jumlah kes yang dikesan itu tidak termasuk kes-kes kesalahan jalan raya dilakukan pemandu kenderaan sepanjang "Ops Sikap" pada musim perayaan yang dilancarkan oleh jabatannya.

Beliau berkata, operasi penyamaran itu dilancarkan khusus oleh JPJ untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan meningkatkan kesedaran di kalangan pemandu supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

"Operasi yang dijalankan sepanjang tempoh tiga bulan lepas itu ternyata berkesan dan ia akan diteruskan dari masa ke semasa," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, kebanyakan kes yang dikesan itu melibatkan kenderaan pengangkutan awam, terutama lori yang melakukan kesalahan membawa lebih muatan.

Katanya, menerusi operasi itu pegawai dan kakitangan JPJ membuat pemantauan di jalan-jalan utama berisiko tinggi kemalangan dalam keadaan berpakaian preman tanpa disedari pemandu kenderaan yang menggunakan laluan terbabit. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan