Anwar Tak Akan Teruskan Rayuan Minta Hakim Tarik Diri

Diterbitkan: Selasa, 16 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan meneruskan rayuan untuk meminta Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Beliau berkata notis penarikan itu difailkan menerusi firma guaman Tetuan S.N.Nair & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pagi tadi.

"Setelah menimbang masa yang diambil agak panjang dan kami jelas tentang perjalanan mahkamah dan sistem kehakiman negara, kami memilih untuk menyegerakan kes ini dengan tarikh pendengaran semula pada 25 Mac, dan dari situ tarikh akan ditetapkan agar pasukan peguam saya dapat menyoal balas (pengadu) Mohd Saiful Bukhari Azlan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen hari ini.

Pada 19 Mac ini, Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar rayuan Anwar berhubung keputusan Mohamad Zabidin untuk tidak menarik diri daripada mendengar kes liwat itu.

Pada 8 Feb lepas, Anwar membuat permohonan supaya hakim itu menarik diri dengan alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh, untuk mengenakan tindakan menghina terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

Anwar menghadapi tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan