Pendakwaan Tutup Kes Bunuh Muntik Selepas 23 Hari Perbicaraan

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Setelah 23 hari perbicaraan kes bunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani di Mahkamah Tinggi di sini dengan seramai 50 saksi dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan menutup kesnya semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengemukakan kenyataan Muntik yang dibuat mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah sebagai sebahagian daripada keterangan di mahkamah.

Pendakwaan yang juga diwakili Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd. Ghani turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya menawarkan seramai 40 saksi kepada pihak pembelaan yang diwakili peguam V.Rajehgopal.

Perbicaraan yang mengambil masa singkat sejak bermula pada 18 Januari lepas, akan disambung semula pada 12 dan 13 April depan bagi membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan.

Mohd Yazid yang sentiasa tenang dan komited sepanjang prosiding turut menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan bagi menentukan status nota prosiding.

Kes itu yang mendapat liputan meluas di dalam dan luar negara kerana membabitkan kes penderaan pembantu rumah, melibatkan penjual air tebu, A.Murugan yang didakwa membunuh Muntik, 36, di rumahnya di No 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang, antara 18 dan 20 Oktober tahun lepas.

Tertuduh, 36, yang pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini pada 3 November tahun lepas, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Muntik yang berasal dari Surabaya, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pada 26 Oktober lepas setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan.

Terdahulu, Mohd Dusuki memanggil semula saksi ke-14 pendakwaan, pegawai penyiasat Inspektor Mohd Azan Radzali untuk mengesahkan bahawa beliau ialah pegawai polis yang merakam percakapan Muntik semasa mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, 21 Oktober tahun lepas.

Mohd Azan, 30, berkata beliau mengambil masa kira-kira satu setengah jam bermula pukul 4.20 petang untuk merakamkan percakapan mangsa yang pada masa itu terbaring di atas katil dan diberikan bantuan pernafasan.

"Ketika saya rakam percakapan Muntik, doktor Norliza Ibrahim yang sedang merawat Muntik buka sedikit topeng bantuan pernafasan mangsa sehingga ke paras hidung.

"Saya kemudian maklumkan kepada Muntik bahawa saya perlu rakam percakapannya sebab saya nak tahu apa yang berlaku dan beliau jawab boleh. Muntik ketika itu sedar tetapi saya tengok keadaannya tenat.

"Saya kemudian catatkan percakapan Muntik yang dibuat dalam Bahasa Melayu dan kedudukan saya pada masa itu berdiri bersebelahan dengan katil Muntik. Apabila saya tanya Muntik dan beliau menjawab soalan saya, saya akan pergi dekat dengan mangsa kira-kira 5 sm," katanya.

"Adakah jawapan yang kamu catat merupakan ayat sebenar yang diberitahu oleh Muntik?" soal Mohd Dusuki.

"Ya jawapan sebenar, cuma saya hanya tukarkan perkataan "bapak" yang disebut Muntik kepada "majikan" di dalam catatan saya," kata Mohd Azan.

Saksi itu seterusnya memberitahu setelah selesai merakamkan percakapan Muntik, beliau membacakan semula catatannya kepada mangsa untuk memastikan bahawa segala yang dicatitkan adalah betul.

Ditanya Mohd Dusuki sama ada Muntik menandatangani rakaman percakapan itu, Mohd Azan berkata Muntik tidak menandatanganinya berikutan tangan kanan mangsa patah sementara tangan kirinya kelihatan sangat lemah dan tidak dapat diangkat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan