Saman MB Selangor Terhadap Bank Islam Ditangguh Ke 6 April

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendengaran saman yang dikemukakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berhubung dakwaan penjualan secara salah saham miliknya dalam Guthrie Berhad, ditangguhkan ke 6 dan 7 April.

Pendengaran di hadapan Hakim Datuk Rohana Yusuf sebelum ini ditetapkan selama empat hari bermula Isnin.

Peguam yang mewakili Abdul Khalid, M.Thomas Philip, semasa dihubungi hari ini berkata pendengaran itu ditangguhkan sementara menunggu penyerahan dokumen berkaitan kes itu oleh pihak-pihak berkaitan.

Beliau berkata Abdul Khalid telah meminta BIMB menyerahkan semua dokumen berhubung kes itu tetapi bank itu masih belum berbuat demikian.

Pada 21 Ogos, 2009, Abdul Khalid diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar RM66.67 juta kepada BIMB bagi pinjaman yang diambilnya untuk membeli saham dalam Guthrie pada 2001, yang ketika itu beliau ialah Ketua Pegawai Ekeskutif syarikat itu, selepas mahkamah membenarkan permohonan bank bagi penghakiman terus.

Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak perlu membayar amaun itu selepas Mahkamah Rayuan pada 3 Mac, membenarkan rayuannya untuk membatalkan penghakiman terus yang diperoleh pihak bank.

Kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Rayuan memutuskan kes itu perlu diadili pada perbicaraan penuh.

Terdapat dua saman berkaitan dengan kes itu, satu daripadanya dikemukakan oleh Abdul Khalid terhadap bank dan satu lagi saman balas oleh pihak bank terhadap Abdul Khalid.

Abdul Khalid menyaman bank itu pada 18 Mei, 2007, mendakwa bahawa terdapat penjualan secara salah saham-saham miliknya dalam Guthrie di bawah kemudahan pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April, 2001.

Beliau memohon diisytiharkan terdapat kontrak kolateral antara beliau dan bank berkaitan dengan kemudahan pinjaman BBA.

Abdul Khalid, yang juga CEO Guthrie dari 1995 hingga 2003, juga memohon ganti rugi daripada BIMB, mendakwa bank itu telah menjual sahamnya dalam Guthrie.

BIMB memfailkan saman balas untuk mendapatkan amaun RM66.67 juta itu pada 24 Mei, 2007, mendakwa perjanjian BBA telah dilanggar berikutan kegagalan Abdul Khalid membayar balik pinjaman itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan