Mahkamah Tinggi Perintah Hak Penjagaan Anak Diserahkan Kepada Ibu

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Selepas berlarutan agak lama, guru tadika M. Indira Gandhi hari ini menangis kegembiraan apabila Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan hak penjagaan anak bongsunya yang berusia 22 bulan diserahkan kepadanya.

Hakim Wan Afrah Wan Ibrahim yang membuat keputusan berkenaan di dalam kamar hari ini memerintahkan Prasana Diksa diserahkan kepada Indira Gandhi, 35.

Kes perebutan hak penjagaan itu berlarutan sejak tahun lepas apabila bekas suaminya Mohd Ridzuan Abdullah menuntut untuk menangguhkan perintah hak penjagaan sementara tiga anak mereka yang telah diperoleh oleh Indira Ghandi.

Peguam Indira Gandhi, M. Kulasegaran berkata dengan keputusan berkenaan, Mohd Ridzuan atau sesiapa yang menjaga Prasana Diksa dengan ini perlu menyerahkan segera hak penjagaan kepada guru tadika itu.

Kulasegaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat berkata keputusan mahkamah itu berdasarkan kes R.Subashini pada tahun 2007 yang menunjukkan Mahkamah Tinggi berhak mengenepikan keputusan Mahkamah Syariah.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Indira Gandhi berharap anak bongsunya yang kali terakhir beliau temui pada Januari lepas akan diserahkan dengan segera kepadanya.

Indira Gandhi yang turut membawa dua lagi anaknya Tevi dan Karan menangis kegembiraan sambil mengucapkan terima kasih kepada para peguamnya.

Peguam defendan, Mohammad Faizal Che Yusof berkata pihaknya akan memfailkan segera penangguhan pelaksanaan kehakiman dan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan kerana berpendirian Mahkamah Tinggi tiada bidang kuasa dalam menentukan perkara ini.

Mohd Ridzuan yang jelas kecewa dengan perkembangan tersebut berkata beliau masih berpegang kepada keputusan Mahkamah Syariah pada 29 Oktober lalu yang memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak kepadanya.

"Saya telah mengislamkan ketiga-tiga anak saya itu. Dia (Indira) tak layak menjaga anak-anak saya. Saya tak mahu anak-anak saya jadi pengemis atau peminta sedekah," katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Dua lagi anak pasangan terbabit ialah Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 13, Abu Bakar (Karan Dinish), 12.

Pada 24 April tahun lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim membenarkan permohonan ex-parte oleh Indira Gandhi, untuk mendapatkan hak penjagaan sementara tiga anaknya dan injunksi menghalang bekas suaminya itu daripada memasuki rumah mereka.

Bagaimanapun, pada 5 Mei, mahkamah membenarkan permohonan Mohd Ridzuan untuk menangguhkan perintah hak penjagaan sementara ketiga-tiga anak yang diperoleh Indira Gandi.

Dengan keputusan itu, Mohd Ridzuan dan isterinya, mengekalkan status quo masing-masing ke atas anak dalam jagaan mereka iaitu si ayah menjaga anak bongsunya manakala si ibu menjaga dua lagi anak mereka sehingga mahkamah membuat keputusan berhubung kes itu.

Kes ini mendapat perhatian ramai kerana wujud konflik antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam menentukan hak penjagaan anak selepas salah seorang pasangan memeluk Islam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan