Mahkamah Tetapkan Tarikh Akhir Bagi Siti Aishah Dapatkan Jurubahasa

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini menetapkan 24 Jun depan sebagai tarikh akhir buat bekas isteri Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor, Siti Aishah Chou Abdullah untuk mendapatkan jurubahasa bertauliah atau perbicaraan tuntutan mutaahnya akan diteruskan tanpa jurubahasa.

Hakim Syarie, Abdullah Man membuat keputusan itu selepas peguam syarie defendan, Mohd Raziman Yaakob memohon agar kes itu diteruskan walaupun defendan pada masa itu masih gagal mendapatkan jurubahasa.

"Mahkamah membenarkan penangguhan (perbicaraan) seperti yang dipohon plaintif tetapi setelah mempertimbangkan permohonan pihak defendan, mahkamah menetapkan juga agar perbicaraan dilangsungkan walaupun plaintif gagal mendapatkan jurubahasa pada tarikh itu," kata Abdullah dalam keputusannya.

Peguam syarie yang mewakili plaintif, Mohd Sibri Ismail sebelum itu menjelaskan pihaknya memerlukan masa sekurang-kurangnya dua bulan bermula hari ini bagi pihaknya mendapatkan jurubahasa bertauliah daripada Kedutaan Kemboja.

Katanya ia berikutan kegagalan pihaknya mendapatkan jurubahasa itu melalui Mahkamah Persekutuan atas beberapa masalah berbangkit seperti kos.

"Tempoh yang lama diperlukan kerana terpaksa berurusan secara rasmi dengan pihak kedutaan menggunakan surat dan dokumen yang lain," katanya.

Pada 3 Disember tahun lalu, mahkamah yang sama membenarkan Siti Aishah untuk menggunakan khidmat jurubahasa setelah mengakui kurang fasih berbahasa Melayu kerana pada perbicaraan sebelum itu pada 19 November dia mendakwa tidak memahami soalan dan terkeliru semasa memberikan jawapan.

Pada prosiding hari ini, Wan Ismail tidak hadir manakala bekas isteri keduanya hadir bersama dua anak mereka Wan Ahmad Firdaus, 4, dan Wan Nor Salwa, 3.

Tuntutan mutaah sebanyak RM3 juta mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002 itu difailkan oleh Siti Aishah Januari tahun lepas sebagai pampasan atau saguhati bagi menjaga kebajikan diri dan dua anak bersama bekas suaminya itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan