Dua Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua anggota polis berpangkat koperal hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan meminta dan bersetuju menerima suapan daripada seorang pemandu lori sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas teman wanitanya yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, dua tahun lepas.

Muhamad Abdullah, 47, dan Baba Ibrahim, 48, yang bertugas di Balai Polis Pandamaran, Pelabuhan Klang, didakwa bersama-sama meminta rasuah berjumlah RM3,000 daripada Mohd Noorhan Ahmad, 32, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas teman wanita Mohd Noorhan, Warsini Sukijan, 28, warganegara Indonesia, yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Kedua-dua mereka juga didakwa bersetuju menerima rasuah berjumlah RM2,500 daripada Mohd Noorhan sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama.

Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di hadapan Lot 1053, Jalan Kempas, Pandamaran, Pelabuhan Klang, Klang, antara pukul 2.30 pagi dan 2.40 pagi pada 9 September 2008.

Jika sabit kesalahan, Muhamad dan Baba boleh dihukum mengikut Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan RM4,000 setiap seorang serta seorang penjamin dan menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Sesyen berasingan, Muhamad mengaku tidak bersalah memperoleh RM1,600 daripada Mohd Noorhan sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama di hadapan Masjid Al Mansuriah, Jalan Sentul, Pandamaran, kira-kira pukul 10.35 malam, hari yang sama.

Hakim Azhanis Teh Azman Teh membenarkan Muhamad diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan juga menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ng Siew Wee sementara Muhamad diwakili peguam Zamani Dolmat dan Baba diwakili peguam Azizul Shariman Mat Yusoff. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan