Ganja: Pemandu Lori Dihukum Gantung

Diterbitkan: Khamis, 11 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana kesalahan mengedar ganja seberat kira-kira 53kg pada 2004.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zamani A.Rahim dalam penghakimannya berkata beliau tidak mempunyai pilihan kecuali menjatuhkan hukuman itu ke atas Mad Rodzi Che Din berikutan pihak pembela gagal menimbulkan keraguan dalam kes itu manakala pihak pendakwa pula berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mad Rodzi, 49, yang berasal dari Kuala Kedah dituduh melakukan perbuatan itu di Stor Pencegahan Taman Kastam 2, Padang Besar dekat ini pada 8.40 malam, 29 Dis 2004.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berseluar jeans dan berbaju kemeja T putih kelihatan tenang semasa hukuman itu disampaikan.

Mad Rodzi diwakili peguam Abdullah Abdul Rahman manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan Atirah Che Abu Bakar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan