Bekas Pengurus Pusat Giat Mara Dituduh Rasuah Libatkan Syarikat Isteri

Diterbitkan: Selasa, 9 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Bekas pengurus Pusat Giat Mara Balik Pulau, Radzuan Abdul Razak, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan rasuah pada 2006.

Radzuan, 58, dituduh melakukan kesalahan itu pada 4 Julai 2006 dengan memilih syarikat Yana One Entreprise milik isterinya, Suryaah Ismail Khan, untuk menjalankan kerja membaik pulih dan senggara tandas Pusat Giat Mara berkenaan melalui pesanan kerajaan bernilai RM2,000.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz membenarkan Radzuan diikat jamin RM5,000 dengan seorang pejamin dan menetapkan 29 Mac ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Penolong Pendakwa Raya Mohd Nur Lokman Samingan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan