SPRM Cari Mohd Mazlim Bantu Siasatan Kes Rasuah

Diterbitkan: Isnin, 8 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang Pembantu Tadbir Kewangan di Mahkamah Syariah di sini bagi membantu siasatan kes rasuah di negeri ini.

Pengarah SPRM negeri Datuk Latifah Md Yatim dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini berkata lelaki itu dikenali sebagai Mohd Mazlim Md Salleh, 32, dengan nombor kad pengenalan 770622-07-5607.

Lelaki itu adalah saksi utama satu kes rasuah yang sedang disiasat oleh SPRM, katanya.

Beliau berkata alamat terakhir lelaki itu ialah di 3306 Jalan Kampung Gajah, Butterworth.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohd Mazlim diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM Amran Ali menerusi talian 012-6651406 atau pejabat suruhanjaya itu menerusi talian 04-2291982 atau 04-2299262. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan