Bekas Peguam Dipenjara Dua Tahun Kerana Pecah Amanah

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang bekas peguam dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah melibatkan RM271,000 kira-kira sembilan tahun lepas.

Hakim Julie Lack Abdullah menjatuhkan hukuman terhadap Suhani Mat Daud, 43, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

"Saya membuat keputusan telah mendengar dan mengambil kira rayuan yang dikemukakan kerana ia adalah kesalahan pertama. Suhani juga telah membayar balik wang kepada pengadu dan telah meninggalkan profesionnya," katanya.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan Suhani diikat jamin RM15,000 sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu.

Dia dituduh melakukan pecah amanah membabitkan kira-kira RM271,000 di Pejabat Tetuan Suhani and Partners di No. 42, Bangunan Mara, Jalan Danby, Bukit Mertajam antara 28 Mac hingga 6 Julai, 2001.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan, serta denda.

Terdahulu, peguam Simon Murali yang mewakili Suhani memohon mahkamah meringankan hukuman berikutan tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan menanggung sembilan anak.

"Suhani juga telah membayar balik kesemua wang yang digunakannya oleh itu saya pohon mahkamah mengambil kira perkara ini," katanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Perdakwa Raya, S. Devanandan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan