Ahli Perniagaan Dipenjara, Denda Beri Suapan Pada Polis

Diterbitkan: Khamis, 4 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dipenjara setahun dan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah memberi suapan iaitu wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pegawai polis.

Hakim Rosbiahanin Arifin membuat keputusan itu di akhir pembelaan, terhadap Wong Soo Keong, 43, dan mengarahkannya menjalani hukuman itu bermula hari ini dan jika gagal menjelaskannya, dipenjara setahun.

Soo Keong, didakwa memberi suapan kepada Asisten Supritendan Rohan Shah Ahmad dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang selepas melakukan serbuan, rampasan dan tangkapan ke atas sebuah premis yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis, Wisma Indah Jalan Tun Razak, Cheras, pada 1.15 pagi, 21 Disember 2005, mengikut Seksyen 11 (b) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Peguam bela Liang Chong Beng, yang mewakilinya merayu kepada mahkamah bahawa anak guamnya perlu menyara keluarga yang masih memerlukan perhatiannya dan juga ini adalah kesalahan pertama tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ng Siew Wee. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan