Penolong Penerbit Didenda RM2 000 Dan Penjara Tiga Bulan - Berita Mahkamah | mStar

Penolong Penerbit Didenda RM2 000 Dan Penjara Tiga Bulan

Diterbitkan: Rabu, 3 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penolong penerbit sebuah stesen televisyen swasta dihukum penjara tiga bulan dan denda RM2,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari kerana kesalahan melakukan persediaan persetubuhan di luar nikah.

Hakim Syarie Abu Bakar Mohd Daud menjatuhkan hukuman itu ke atas Roslan Abdul Rahman, 44, kerana didapati melakukan persediaan persetubuhan di luar nikah pada pukul 4.51 pagi, 11 Ogos 2009 di sebuah rumah di Pelangi Utama, Petaling Jaya.

Pasangan beliau, Siti Nor Ain Ahmad Patakon, 23, bekas wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen swasta pula didenda RM1,500 dan ditempatkan di pusat perlindungan wanita Baitul Ehsan di Sabak Bernam selama tiga bulan bagi menggantikan hukuman penjara.

Hakim Abu Bakar dalam penghakimannya berkata beliau berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya menyabitkan kesalahan bahawa kedua-duanya bukan suami isteri semasa ditahan.

Kedua-dua mereka tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Syarie Mohamad Saufi Mastorlani. BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan