Penghakiman Terus Arah MB Selangor Bayar RM66.67 Juta Diketepikan

Diterbitkan: Rabu, 3 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia (BIMB) kerana Mahkamah Rayuan hari ini mengenepikan penghakiman terus yang diperoleh oleh bank itu terhadap beliau kerana gagal melunaskan pinjaman Islam yang diambilnya bagi membeli saham.

Hakim-hakim Datuk Zainun Ali, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad sebulat suara membenarkan rayuan dengan kos Abdul Khalid.

Kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi kerana para hakim memutuskan supaya isu-isu pada kes itu mesti dikemukakan pada satu perbicaraan penuh.

Semasa mengenepikan penghakiman terus itu, Zainun berkata mahkamah berpendapat bahawa di bawah prinsip perbankan Islam, pendapat daripada pakar undang-undang Islam mengenai peraturan Islam tentang kesahan transaksi, adalah diperlukan.

Terdapat dua saman difailkan berhubung kes itu, satu yang difailkan oleh Abdul Khalid terhadap bank dan yang kedua saman balas bank terhadap Abdul Khalid.

Pada 21 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dalam saman yang dikemukakan BIMB terhadap Abdul Khalid, membenarkan permohonan bank untuk mengemukakan penghakiman terus terhadap Abdul Khalid, mengarahkannya membayar RM66.67 juta kepada BIMB.

Satu penghakiman terus merupakan satu keputusan akhir oleh seseorang hakim yang menyelesaikan satu tuntutan mahkamah untuk memihak kepada salah satu pihak berkenaan. Satu usul untuk penghakiman terus dibuat setelah penemuan siap tetapi sebelum kes itu dibawa ke perbicaraan penuh.

Seorang daripada peguam Abdul Khalid, M. Thomas Philip memberitahu pemberita bahawa kedua-dua saman itu akan dibicarakan bersama di Mahkamah Tinggi pada 15 Mac.

Dalam samannya terhadap BIMB, Abdul Khalid menuntut ganti rugi dan pengisytiharan, dengan mendakwa bahawa terdapat penjualan yang salah saham-saham dalam Guthrie di bawah kemudahan pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA).

Abdul Khalid, yang ketika itu ketua pegawai eksekutif Guhtrie Berhad, mendakwa bahawa wujud kontrak kolateral antara beliau dan BIMB bersampingan dengan perjanjian kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April, 2001.

Beliau mahu satu perisytiharaan bahawa kemudahan BBA itu secara berasingan dan tanpa kontrak kolateral itu adalah batal dan tidak sah dan BIMB telah melanggar kontrak kolateral dan/atau kemudahan BBA.

Dalam saman balas terhadap Abdul Khalid, BIMB mendakwa telah berlaku pelanggaran perjanjian Al-Bai Bithaman Ajil ekoran kegagalan beliau membayar balik pinjaman.

Terdahulu, peguam Malik Imtiaz Sawar yang mewakili Abdul Khalid menghujahkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi gagal untuk menilai isu-isu berhubung kewujudan kontrak kolateral adalah isu-su fakta yang tidak sesuai bagi penghakiman terus.

Beliau berkata perkara itu seharusnya diadili menerusi perbicaraan kerana terdapat asas bagi keraguan sama ada kemudahaan BBA itu mematuhi hukum syariah.

Peguam bank Tommy Thomas, bagaimanapun, berhujah bahawa perkara itu bersesuaian bagi penghakiman terus kerana ia merupakan kes tuntutan antara bank dan pelanggan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan