Kes Saman MB Selangor Terhadap Bank Islam Ditetapkan 15 Mac - Berita Mahkamah | mStar

Kes Saman MB Selangor Terhadap Bank Islam Ditetapkan 15 Mac

Diterbitkan: Selasa, 2 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan empat hari mulai 15 Mac untuk mendengar saman difailkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), yang mendakwa bahawa terdapat penjualan yang salah saham-saham miliknya dalam Kumpulan Guthrie Berhad.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas menemui peguam yang mewakili Abdul Khalid, M. Thomas Philip, dan peguam bank berkenaan, Ganesan Nethi.

Pada 21 Ogos, 2009, Abdul Khalid diperintahkan membayar RM66.67 juta kepada BIMB berhubung pinjaman Islam beliau untuk memberi saham Guthrie pada 2001 ketika beliau menjadi ketua pegawai eksekutif syarikat itu, selepas mahkamah membenarkan permohonan bank bagi mendapatkan penghakiman.

Mahkamah, bagaimanapun membenarkan permohonan Abdul Khalid untuk menggantung perintah berkenaan sementara menunggu perbicaraan samannya terhadap bank itu.

Permohonan rayuan Abdul Khalid terhadap perintah itu akan didengar Mahkamah Rayuan esok.

Abdul Khalid memfailkan saman terhadap bank itu pada 18 Mei, 2007, dengan mendakwa bahawa terdapat penjualan yang salah saham-saham dalam Guthrie mengikut kemudahan pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April, 2001.

Beliau memohon pengisytiharan bahawa ada kontrak kolateral antara beliau dan bank itu berhubung kemudahan pinjaman BBA.

Abdul Khalid, yang merupakan CEO Kumpulan Guthrie Berhad dari 1995 hingga 2003, juga memohon ganti rugi daripada BIMB, dengan mendakwa bahawa bank itu telah menjual saham-sahamnya dalam Guthrie.

BIMB memfailkan saman balas untuk mendapatkan jumlah wang itu pada 24 Mei 2007, dengan mendakwa bahawa perjanjian Al-Bai Bithaman Ajil telah dilanggar berikutan kegagalan Abdul Khalid membayar semula pinjaman itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan