Bekas Pemandu Pelancong Dipenjara Setahun Rasuah Pegawai Polis

Diterbitkan: Selasa, 2 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang bekas pemandu pelancong dipenjara setahun dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan memberi rasuah RM4,000 kepada seorang pegawai polis, hampir dua tahun lepas.

Hakim Hassan Abdul Ghani memerintahkan Rizhan Johari, 34, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 5 Ogos 2008, serta dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh didakwa memberi rasuah wang kepada Cif Inspektor Ahmad Yanee Nazir sebagai dorongan untuk tidak melakukan tangkapan terhadapnya yang disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 di tempat letak kereta Santuary Beach Resort, Beserah di sini, kira-kira 3.40 pagi, 5 Ogos 2008.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 11(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Rizhan, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah, terhadap pertuduhan itu menukar pengakuan kepada bersalah semalam. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Law Chin Haw. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan