Mahkamah Dengar Permohonan Anifah Ketepikan Saman Anwar Pada 7 April

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 7 April untuk mendengar permohonan Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan kerajaan untuk mengetepikan saman fitnah berjumlah RM100 juta yang difailkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mereka.

Peguam Wan Anuar Shadat, yang mewakili Anwar, memberitahu media bahawa permohonan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham.

Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor dalam kamar hari ini. Pada 25 Mei 2009, Anwar memfailkan saman terhadap Anifah berhubung kenyataan beliau semasa sidang akhbar di Washington, pada 16 Mei 2009.

Beliau menamakan Anifah atas kapasiti peribadinya dan selaku Anggota Parlimen Kimanis sebagai defendan pertama, Menteri Luar sebagai defendan kedua dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.

Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat, menuntut RM100 juta untuk gantirugi pampasan, gantirugi teruk dan gantirugi teladan serta injunksi bagi menghalang defendan daripada terus bercakap, menulis atau menerbitkan perkataan yang didakwa fitnah itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata Anifah, dalam sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton di Jabatan Negara Amerika Syarikat di Washington, membuat kenyataan bahawa Anwar ada menawarkannya jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 Sept 2008.

Anwar turut mendakwa bahawa Anifah telah memfitnahnya dengan mengatakan bahawa beliau cuba membeli Anggota Parlimen dan mencemarkan imej negara.

Katanya Anifah telah menyemai kebencian dan kemarahan terhadap beliau dalam kalangan awam, merendahkan kedudukannya, menggalakkan serta memulakan penghinaan politik, mengaburi kebenaran serta menyebar kepalsuan.

Anifah, dalam permohonan untuk mengetepikan saman itu yang difailkan pada 2009, berkata ia adalah cacat dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan