Mahkamah Tetapkan 11 Mac Tentukan Jumlah Gantirugi Dalam Kes Manohara

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Mac ini bagi menilai jumlah gantirugi yang wajar diterima putera Sultan Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra berhubung perintah ingkar yang diperolehnya terhadap isterinya Manohara Odelia Pinot serta ibu wanita itu dalam kes fitnah melibatkan tuntutan RM105 juta.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noordura Mohamed Din menetapkan tarikh itu hari ini dalam kamarnya selepas mendengar hujahan peguam Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, berhubung taksiran gantirugi itu.

Mohd Haaziq memberitahu media antara hujahan beliau ialah mahkamah perlu mengambil kira bahawa kata-kata fitnah yang dikeluarkan olah Manohara dan ibunya Daisy Fajarina tidak mempunyai bukti, tetapi mungkin mempunyai motif-motif tertentu berdasarkan suasana di Istana Kelantan.

Pada 5 Nov 2009, Penolong Kanan Pendaftar Shazali Hidayat Shariff membenarkan Tengku Muhammad Fakhry memperoleh perintah ingkar terhadap Manohara dan Daisy setelah mereka gagal melantik peguam bela baru bagi kes berkenan selepas peguam mereka menarik diri daripada mewakili mereka.

Pada 29 Okt 2009, Shazali memberi tempoh kepada Manohara dan ibunya sehingga 5 Nov 2009 untuk melantik peguam baru atau menghadapi risiko perintah ingkar dikenakan terhadap mereka.

Perintah ingkar adalah satu keputusan yang menyebelahi plaintif apabila defendan tidak memberi respons terhadap saman yang difailkan terhadapnya atau gagal menghadirkan diri di mahkamah.

Dalam saman yang difailkan pada 20 Julai 2009, putera Sultan Kelantan itu mendakwa dua wanita berkenaan telah secara palsu dan jahat memfitnah beliau apabila mereka mendakwa pada satu sidang akhbar antara April dan Jun 2009 bahawa Manohara telah didera.

Pada 10 Feb lepas, Tengku Muhammad Fakhry melalui peguamnya Mohd Haaziq dan peguam syarienya Zainul Rijal Abu Bakar meminta bantuan kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di sini dalam usahanya untuk menyampaikan tiga penghakiman Mahkamah Tinggi terhadap Manohara.

Dua daripada penghakiman itu merupakan perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, pada 13 Dis 2009, supaya Manohara kembali taat kepada suaminya serta perintah supaya Manohara membayar semula hutang berjumlah RM1,112,250 kepada Tengku Muhammad Fakhry dan juga penghakiman ingkar itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan