Penyelia Operasi Pasar Borong Dipenjara 15 Tahun, 10 Sebatan Miliki Syabu

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Atas desakan hidup, seorang lelaki memilih jalan singkat dengan terjebak dalam gejala dadah bagi menampung kehidupannya dan keluarga, namun tindakannya itu ternyata sia-sia apabila dia hari ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas kesalahan itu.

Hakim Siti Mariah Ahmad memerintahkan tertuduh, Ahmad Saifudin Ab Rahman, 34, menjalani hukuman berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 14 Jan tahun lepas selepas dia mengaku bersalah memiliki syabu Methamphetamine seberat 61.8 gram.

Ahmad Saifudin, penyelia operasi pasar borong Selangor, didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan lif tingkat 5, Hotel Holiday Inn Glenmarie-Kuala Lumpur, No 1, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1 di sini, kira-kira pukul 6.15 petang pada 14 Jan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39 A (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 10 sebatan.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengedar mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dia bagaimanapun menukar pengakuannya selepas pendakwaan mengemukakan pertuduhan pilihan iaitu memiliki mengikut Seksyen 12 (2) akta sama.

Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman, Siti Mariah bertanyakan kepada Ahmad Saifudin adakah dia seorang penagih dadah dan alasan tertuduh melakukan kesalahan itu.

Tertuduh mengakui bahawa dia adalah penagih dadah dan terjebak dalam gejala dadah atas desakan hidup kerana perlu menanggung keluarganya.

"Desakan hidup kamu itu menyebabkan keluarga kamu kini hilang tempat bergantung dan inilah kesan perbuatan kamu. Kamu bukan menyenangkan keluarga tetapi menyusahkan lagi mereka.

"Dadah dijumpai pada badan kamu dan kalau mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, hukuman ke atas kamu ialah mati mandatori. Setelah mengambil kira hujahan kedua-dua pihak dan kesan-kesan dadah pada masyarakat, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan ke atas tertuduh," kata Siti Mariah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Patricia Tan Ghee Phaik sementara Ahmad Saifudin diwakili peguam Suzanawati Ismail. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan