Bekas YDP Yadim Saman Dr Asri RM1.5 Juta

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Nakhaie Ahmad, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM1.5 juta terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Nakhaie, 57, memfailkan saman dan pernyataan tuntutan itu melalui Tetuan Ibrahim & Fuaadah di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 11.22 pagi ini.

Dalam saman itu, Nakhaie sebagai plaintif menamakan Asri, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Akhbar Cabaran Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub, Sri Diah, Azmi Tarmizi, Lailatun Khalilah Nasir dan Siti Azila Alis sebagai defendan pertama hingga kelapan.

Hussamuddin merupakan penerbit akhbar Sinar Harian, manakala Sri Diah, Azmi dan Lailatun Khalilah adalah editor akhbar tersebut dan Siti Azila merupakan wartawannya.

Kumpulan Karangkraf merupakan pemilik akhbar Sinar Harian, dan syarikat Akhbar Cabaran pula adalah pencetak akhbar terbabit.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Nakhaie yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mendakwa Asri telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu persidangan media pada 1 November tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 November tahun yang sama.

Katanya, kenyataan fitnah itu telah memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di insitusi tersebut.

Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan fitnah daripada defendan pertama yang dikeluarkan akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot.

Plaintif menuntut ganti rugi fitnah berjumlah RM1.5 juta daripada kesemua defendan, ganti rugi teladan, ganti rugi punitif, faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas ganti rugi am, teladan dan punitif dari tarikh pernyataan tuntutan difailkan sehingga ke tarikh penghakiman.

Sementara itu, dalam sidang media di luar mahkamah, Nakhaie memberitahu pemberita bahawa beliau telah beberapa kali memberi peluang kepada Asri untuk membuat permohonan maaf dan membetulkan kenyataan tetapi beliau gagal berbuat demikian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan