Penolong Penguasa SPRM Selangor Didakwa Minta, Setuju Terima Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah untuk tidak meneruskan siasatan ke atas seorang suspek siasatan kes rasuah, Oktober tahun lepas.

M.Mohan, 37, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azhanis Teh Azman Teh.

Tertuduh didakwa meminta bagi dirinya suapan wang tunai RM250,000 daripada A.Sinnaiah, sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas Sinnaiah kerana disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Mohan juga didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama.

Kedua-dua tuduhan didakwa dilakukan di pejabat SPRM Selangor, Tingkat 14, Plaza Masalam, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, E9/E, Seksyen 9 di sini, antara pukul 11 pagi dan 1 tengah hari pada 22 Oktober tahun lepas.

Jika sabit kesalahan, Mohan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Mohd Asnawi Abu Hanipah mencadangkan agar tertuduh diikat jamin RM10,000 serta seorang penjamin.

Peguam Ratha Krishnan yang mewakili Mohan memohon mahkamah menetapkan jaminan yang bersesuaian dengan alasan anak guamnya yang mempunyai seorang isteri dan seorang anak, perlu menanggung beban dalam menjaga seorang abangnya yang buta dan terencat akal.

"Anak guam saya juga sudah berkhidmat selama 15 tahun dalam SPRM dan memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan. Pohon diberikan ikat jamin yang munasabah bagi memastikan kehadiran anak guam saya di mahkamah," katanya yang turut dibantu peguam H.R Dipendra.

Azhanis kemudian menetapkan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Beliau juga menetapkan perbicaraan berlangsung selama empat hari bermula 23 Ogos ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan