Warga Nepal Dipenjara Lima Tahun Tikam Punggung Rakan

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang warga negara Nepal dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana menyebabkan kematian rakan senegaranya dengan menikam bahagian punggungnya menggunakan sebilah pisau pemotong sayur dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenin menjatuhkan hukuman itu selepas, Gaindra Rai, 26, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Gelu Lama, 34, di sebuah premis bernombor 29 Jalan Harapan 25/29, Taman Sri Muda di sini, pada 1 pagi 9 Februari 2008.

Mengikut fakta kes, Gaindra dan Gelu terlibat dalam pergaduhan ketika kedua-duanya dalam keadaan mabuk dan tertuduh kemudian bertindak mengambil sebilah pisau lalu menikam bahagian punggung sebelah kiri mangsa.

Gelu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan laporan bedah siasat menunjukkan dia mati disebabkan kehilangan darah yang banyak akibat luka tikaman sedalam 14 cm.

Pendakwaan meminda pertuduhan terhadap Gaindra yang sebelum ini mengaku tidak bersalah membunuh Gelu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas pembelaan mengemukakan representasi.

Dalam rayuan untuk pengurangan hukuman, Peguam Jagdish Kaur yang mewakili tertuduh berkata, punca pergaduhan antara anak guamnya dan Gelu adalah kerana perempuan.

Katanya, selain tertuduh dan mangsa, ada beberapa lagi rakan mereka yang turut terlibat dalam pergaduhan itu.

Anak guam saya dakwa dia dipukul beramai-ramai dan dia mengambil pisau untuk mempertahankan dirinya. Anak guam saya tidak ada niat untuk membunuh mangsa. Pohon hukuman rendah agar anak guam saya boleh pulang segera ke Nepal," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Isa Hassim pula memohon hukuman setimpal dikenakan bagi mencerminkan betapa seriusnya kes seperti itu.

"Walaupun hanya satu kesan tikaman pada punggung mangsa, fakta kes menunjukkan bahawa kedalaman tikaman adalah 14 cm iaitu sampai ke saluran darah utama mangsa menyebabkan pendarahan yang banyak.

"Pohon mahkamah jatuhkan hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan