Perbicaraan Kes Bunuh Muntik Ditangguh Esok

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan sehingga esok perbicaraan kes penjual air tebu yang didakwa membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani, Oktober tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas Peguam V.Rajehgopal yang mewakili tertuduh, A.Murugan memohon penangguhan berikutan anaknya dimasukkan ke hospital.

Seramai 43 saksi pendakwaan termasuk isteri tertuduh, D.Vanitha, 29, dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula sejak 18 Januari lepas.

Murugan, 35, didakwa membunuh Muntik, 40, di rumahnya di No.11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang, antara 18 dan 20 Oktober tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Muntik, yang berasal dari Surabaya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada 26 Oktober lepas setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd. Ghani dan Mohd Dusuki Mokhtar. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan