Mahkamah Tinggi Tolak Rayuan Bekas Dekan UiTM

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak rayuan bekas dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Md Saberi Md Salleh untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tiga tahun dan denda RM10,000.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin semasa membacakan keputusannya di sini turut menolak rayuan pemilik syarikat pembekal peralatan sukan Zaleha Abdul Rahman, yang didapati bersubahat melakukan penipuan itu bersama Md Saberi, kerana turut menandatangani dokumen berkenaan.

Pada 15 Oktober 2008, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman terhadap Md Saberi setelah didapati bersalah memperakui dokumen penerimaan palsu berhubung pembekalan peralatan sukan berharga RM138,600 sedangkan peralatan tidak dibekalkan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di fakulti berkenaan di UiTM Shah Alam, antara 24 Mac hingga 2 April 1999 dan dihukum mengikut Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Mohd Zaki, yang menolak rayuan kedua-dua mereka daripada segi sabitan kesalahan dan pengurangan hukuman, kerana beliau mendapati Hakim Mahkamah Sesyen, Datin Zabariah Mohd Yusof tidak melakukan kekhilafan daripada segi perundangan semasa menjatuhkan hukuman itu.

Mohd Zaki berkata, dalam kes rayuan ini beliau hanya melihat jika ada faktor-faktor yang tidak selari daripada segi undang-undang dibuat oleh hakim sebelum ini dan bukan fungsi beliau untuk melihat hukuman yang telah dijatuhkan.

Di dalam rayuannya, peguam bela kedua-dua perayu, Salim Bashir memohon mahkamah menimbangkan jasa Md Saberi sebagai ahli sukan taekwondo kepada negara dan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, ekoran kes itu, anak guamnya berhenti daripada menjadi dekan fakulti itu dan kehilangan jawatan pengarah di beberapa institusi dan syarikat mengakibatkan Md Saberi kehilangan punca pendapatan.

Salim berkata, Zaleha pula menghidap penyakit kencing manis kronik dan beliau baru mendapat tahu anak sulungnya dikesan menghidap leukemia serta memerlukan perhatian dan rawatan manakala suaminya kehilangan pekerjaan.

Salim memohon mahkamah supaya anak-anak guamnya itu tidak dipenjarakan dan hanya dikenakan hukuman denda kerana ini merupakan kesalahan pertama mereka.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Roziza Sidek berkata, Hakim Mahkamah Sesyen telah mengambil kira faktor-faktor seperti sumbangan Md Saberi dan masalah kesihatan Zaleha.

Beliau berkata, hukuman penjara minimum dua minggu dan maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997 adalah mandatori.

Roziza berkata, hukuman yang dijatuhkan terhadap kedua-dua perayu dikekalkan.

Mohd Zaki kemudian membenarkan membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, dan mengarahkan supaya pihak pembelaan memfailkan rayuan selewat-lewatnya esok.

Salim. ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan esok. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan