Hujah Bantahan Awal Qazaf Anwar Didengar 10 Mac

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 10 Mac depan untuk mendengar bantahan awal dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan dua lagi terhadap permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Syarie Mohd Shukor Sabudin menetapkan tarikh itu bagi membolehkan kesemua pihak memfailkan afidavit yang berkaitan.

Beliau juga memerintahkan Anwar, 63, yang diwakili peguam bela Kamar Aniah Kamaruzaman, memfailkan afidavit jawapan terhadap bantahan awal yang difailkan pada 9 Feb lalu oleh ketiga-tiga responden itu mengenai tiga isu yang dibangkitkan.

Tiga isu itu ialah mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah yang akan mendengar kes ini, prosedur permohonan yang tidak dibuat mengikut Akta Prosedur Mal 1998 serta kelayakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin, untuk mewakili Anwar.

Selain Jamil Khir, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali turut dinamakan selaku responden kedua dan ketiga.

Kesemua responden, yang diwakili peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar, pula diperintahkan menjawab permohonan itu iaitu supaya pihak pendakwaan meneruskan pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, yang difailkan oleh Anwar pada 7 Jan lalu.

Terdahulu itu, Kamar Aniah berkata, pihaknya menerima salinan bantahan awal itu pada 10 Feb lepas tetapi tidak berkesempatan untuk membalasnya dalam masa sehari di samping 'bertembung' dengan cuti umum Tahun Baru Cina.

Beliau memohon agar mahkamah memberi tempoh masa sehingga hujung bulan ini untuk membalasnya.

Bagaimanapun, Zainul Rijal membantah isu kelewatan itu kerana mahkamah telah memerintahkan pemohon memfailkannya pada atau sebelum tarikh hari ini.

Katanya, hari ini ditetapkan untuk sebutan dan bukannya perbicaraan yang memberi ruang masa kepada pihak pemohon untuk menjawab bantahan awal itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan