Pengharaman Buku 8 March Salah - Mahkamah

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman oleh seorang penulis untuk membatalkan keputusan kerajaan mengharamkan bukunya berhubung insiden rusuhan di Kampung Medan, Petaling Jaya, hampir sembilan tahun lalu.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof memerintahkan bahawa keputusan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Fu Ah Kiaw, untuk mengharamkan buku berbahasa Tamil bertajuk 'March 8' adalah sah.

Katanya timbalan menteri berkenaan mempertimbangkan fakta bahawa pengedaran buku itu akan memudaratkan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam dengan meracuni fikiran pembaca khususnya kaum India.

Menurutnya dalam kes itu, timbalan menteri tersebut mempunyai budi bicara mutlak untuk menggunakan kuasa menteri dalam melarang penerbitan dan percetakan buku itu selepas dia mengambil kira pandangan daripada pihak polis dan kementerian.

Dalam menolak permohonan itu, Mohamad Ariff, bagaimanapun, tidak memerintahkan kos kerana kes tersebut membabitkan kepentingan awam.

Beliau merupakan hakim yang sama membatalkan larangan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke atas buku, 'Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism', dalam semakan kehakiman yang dipohon oleh pertubuhan bukan kerajaan, Sisters in Islam (SIS) pada 25 Januari lalu.

Mohamad Ariff berkata setiap kes mempunyai fakta kes berbeza dan untuk mencapai keputusan beliau perlu mengambil kira semua faktor termasuk soal kebudayaan dan sensitiviti.

Penulis buku berkenaan K. Arumugan, seorang jurutera yang kemudian menjadi peguam, dalam permohonan bagi semakan kehakiman yang difailkan pada 23 Feb, 2007, memohon mahkamah mengisytiharkan keputusan kerajaan melarang penerbitan, penjualan dan pengedaran buku itu pada 21 November, 2006, sebagai batal dan tidak sah.

Dalam permohonan itu, Arumugam, 51, menamakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu dan kerajaan sebagai responden.

Arumugam, yang diwakili oleh Edward Saw, memberitahu pemberita bahawa beliau menmghormati keputusan itu dan akan berunding dengan peguamnya sama ada mahu mengemukakan rayuan atau tidak.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan