Mahkamah Tangguh Kes Empat Pelajar Saman Kerajaan Pada 20 April

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan kepada 20 April ini bagi memutuskan permohonan empat pelajar sekolah menengah yang mencabar keputusan kerajaan menguatkuasakan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah sejak 2003.

Peguam Mohamed Hanipa Mydin yang mewakili keempat-empat pelajar itu berkata Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali sepatutnya memberi keputusan itu hari ini tetapi menangguhkannya kerana beberapa pihak perlu mengemukakan dokumen tambahan berkaitan kes itu.

Bapa salah seorang pelajar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gantang hadir di mahkamah bersama peguam Mohamed Hanipa dan seorang lagi peguam Aminuddin Zulkifli.

Pada 2006, empat pelajar itu, dua lelaki dan dua perempuan, yang diwakili bapa masing-masing dalam saman pemula bagi menyemak keputusan kerajaan pada ketika itu, mendakwa akibat daripada dasar itu mereka sebagai pelajar telah dinafikan hak untuk belajar dua mata pelajaran itu dalam bahasa kebangsaan.

Pada ketika itu, pelajar tahun empat Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar mengemukakan saman itu melalui bapanya Mohammad Nizar, pelajar tingkatan tiga Mohammad Fadzil Nor Mohamed Rosni, melalui bapanya Mohamed Rosni Abu Bakar, Nur Najihah Muhaimin, juga pelajar tingkatan tiga, melalui bapanya Muhaimin Sulam dan pelajar tingkatan empat, Syazaira Arham Yahya Ariff, melalui bapanya Yahya Ariff Kamaruzzaman.

Mereka memohon supaya kerajaan diperintahkan menukar semula dasar itu menurut kehendak dan peruntukan Perlembagaan dan Undang-Undang Bertulis kerana keputusan itu adalah tidak berperlembagaan, tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Mohammad Syawwaal ialah pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Tiga, Temoh, Perak; Fadzil Nor, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz, Sungai Siput, Perak; Nur Najihah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Perak dan Syazaira Arham, pelajar di Madrasah Idrissiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Mereka mendakwa pelaksanaan pengajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Inggeris tidak mengambil kira peruntukan undang-undang khususnya Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan Akta Pendidikan 1996 kerana mereka mempunyai hak untuk belajar mata pelajaran itu dalam bahasa kebangsaan di sekolah.

Selain itu terdapat juga perbezaan pembelajaran bagi mata pelajaran berkenaan untuk Tahun Satu bagi Sekolah Kebangsaan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), di mana SJKC memperuntukkan dua bahasa dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin, kata mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan