Gani Patail Mahu Mohon Perintah Jurulatih Menembak Dilepas Tanpa Dibebaskan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara akan memohon perintah agar Zamil Ahmad Murad, suspek dalam satu kes pembunuhan, dilepaskan tanpa dibebaskan kerana bukti menunjukkan tertuduh bertindak demikian kerana mempertahankan diri.

Zamil, 48, seorang jurulatih skuad menembak Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam atas tuduhan membunuh Haikar Iskandar Syed Mazhar, 34.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut antara pukul 4 dan 4.30 petang pada 1 Feb lalu berhampiran kawasan semak di belakang rumah beralamat Lot No 19347 di Gong Badak.

Dalam kenyataan hari ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata keputusan mengemukakan permohonan itu dibuat setelah beliau meneliti laporan terperinci tentang kes itu yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

"Setelah meneliti dengan lebih lanjut faktanya, saya berpendapat ada bukti menunjukkan bahawa suspek telah mengambil tindakan tersebut bagi menyelamatkan diri," katanya.

Pada 10 Februari lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Polis Terengganu merujuk kertas siasatan berhubung kematian Haikar Iskandar kepada Pejabat Unit Pendakwaan Negeri Terengganu.

Setelah meneliti buktinya, timbalan pendakwa raya yang bertanggungjawab bagi kes berkenaan membuat kesimpulan bahawa bukti yang dikumpul adalah mencukupi bagi menunjukkan satu kesalahan membunuh telah dilakukan.

Berdasarkan penemuan itu, timbalan pendakwa raya berkenaan membuat keputusan bahawa suspek akan dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Abdul Gani berkata siasatan lanjut berhubung kes itu akan dijalankan.

"Sebaik saja siasatan lanjut ini selesai, keputusan muktamad tentang kes ini akan dibuat," katanya.

Dalam kejadian itu, Zamil didakwa menembak lelaki itu yang dipercayai cuba menceroboh untuk memecah masuk rumahnya.

Mangsa dikatakan mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk kes pecah rumah, penyalahgunaan dadah dan pernah dikenakan hukuman penjara dan dibuang daerah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan