Dua Lelaki Didakwa Atas Tuduhan Rasuah Pegawai Hutan Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan memberi rasuah RM2,000 kepada seorang pegawai Jabatan Perhutanan Selangor sebagai dorongan untuk tidak menyita jentera yang digunakan untuk pembalakan haram di kawasan Simpanan Melayu, Batang Kali, Hulu Selangor.

Tertuduh, Chin Boon Leong dan Hor Kin Onn, masing-masing berusia 42 tahun, didakwa memberi wang itu kepada Penolong Pengarah Operasi dan Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Selangor, Mohd Yussainy Md Yusop.

Ia sebagai dorongan untuk tidak menyita sebuah lori yang tidak berdaftar, sebuah jentolak jenis Caterpillar dan sebuah jengkaut jenis Hitachi yang digunakan kedua-dua tertuduh untuk melakukan kerja-kerja pembalakan haram tersebut.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Hassan Cafe Sdn Bhd, yang beralamat di The Street Mall, Persiaran Multimedia, Cyberjaya, kira-kira pukul 12.05 tengah hari, 2 Februari lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan mereka berdua boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membenarkan kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam, masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Mac depan sebagai tarikh sebutan kes itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ini adalah kerana Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Mohd Baharuddin Ahmad Kassim memohon agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.

Semalam, kedua-dua tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan memberikan wang suapan berjumlah RM5,000 kepada seorang pegawai jabatan perhutanan untuk tidak mengambil tindakan menyita sebuah jengkaut dan sebuah lori yang tidak berdaftar bagi digunakan untuk kerja-kerja pembalakan haram di daerah Hulu Selangor.

Mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta SPRM 2009 jika sabit kesalahan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan