Doktor Nafi Tukar Nota Muntik Didera Majikan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang doktor hari ini menafikan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dakwaan peguam bela tertuduh kes bunuh pembantu rumah warga negara Indonesia, Muntik Bani, bahawa beliau telah bertukar nota dengan seorang doktor lain berhubung pengakuan mangsa yang dia telah didera oleh majikan lelakinya.

Dr E.Dinesh, 26, yang bertugas di Jabatan Ortopedik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, berkata Muntik sendiri memberitahunya mengenai perkara itu semasa beliau merawat wanita itu di wad kecemasan HTAR pada 20 Oktober tahun lepas.

Saksi itu juga menafikan dakwaan peguam V.Rajehgopal yang mewakili A.Murugan bahawa Muntik tidak memberitahu beliau yang dia telah dikurung dalam tandas selama dua hari oleh majikannya tanpa makan dan minum kerana Dr Dinesh tidak memahami bahasa pertuturan mangsa.

"Dr M.Shujatha (saksi pendakwaan ke-39) telah merujuk pesakit (Muntik) yang mengalami kecederaan tulang belakang dan semasa saya beri rawatan, mangsa beritahu saya dalam bahasa Melayu bahawa dia bekerja di Malaysia selama empat tahun, bekerja di rumah teres setingkat yang didiami oleh empat orang iaitu suami, isteri, anak dan ibu suami.

"Pesakit mendakwa didera oleh majikan lelakinya dan juga beritahu dia alami beberapa kecederaan di muka, belakang badan dan kaki sejak Oktober 2009. Selain itu pesakit dakwa dia dicederakan guna objek keras dan penyapu dan dikurung di dalam tandas selama dua hari tanpa makan dan minum," katanya pada perbicaraan kes Murugan, 35, yang dituduh membunuh Muntik, 40.

Penjual air tebu itu didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di No.11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang, antara 18 dan 20 Oktober tahun lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Muntik, yang berasal dari Surabaya, meninggal dunia di HTAR pada 26 Oktober lepas setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan.

Dr Dinesh, saksi pendakwaan ke-42, berkata beliau sendiri mencatatkan segala pengakuan Muntik dalam rekod pemeriksaan kesihatan mangsa.

Ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar bagaimana keadaan Muntik pada masa itu, Dr Dinesh berkata wanita itu sedar akan keadaan sekelilingnya, telah mengikut arahan dan memberikan jawapan yang jelas walaupun denyutan nadinya tinggi dan sedang menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa disambung pada Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan