SYABAS Kerugian Lebih RM100,000 Dalam Kes Curi Air, Kata Peguam

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) telah mengalami kerugian lebih RM100,000 akibat tindakan tidak bertanggungjawab seorang individu yang menggunakan bekalan air secara haram selama 453 hari.

Peguam Habizan Rahman, mewakili Syabas, memberitahu mahkamah, Liew Lai Yin, seorang suri rumah, telah membuat penyambungan paip air dari pili bomba ke dalam premisnya di Kampung Baru, Salak Selatan, di sini untuk mendapatkan bekalan air secara tidak sah daripada sistem bekalan air Syabas.

Dalam hujahannya, Habizan berkata siasatan oleh pegawai penyiasat Syabas pada 28 Julai, 2005 mendapati wanita itu telah melakukan penyambungan paip air secara haram setelah bekalan air ke premisnya ditamatkan oleh Syabas sejak 21 April 2004.

Syabas, selaku plaintif, mengemukakan saman dan tuntutan terhadap Liew, 36, pada 2006 bagi menuntut semula kerugian penggunaan air secara tidak sah berjumlah RM163,862.78 serta kos operasi sebanyak RM2,000.

Dalam tuntutan itu, Syabas mendakwa Liew telah membuat penyambungan paip air tanpa bermeter dan mengambil air secara tidak sah, iaitu merupakan kesalahan mengikut seksyen 38 Enakmen Perbekalan Air 1997.

Dalam prosiding hari ini, saksi plaintif, Zainudin Abdul Hamid, eksekutif Syabas, memberitahu mahkamah beliau telah menerima aduan bahawa defendan disyaki mencuri air dan membuat sambungan air secara salah.

"Pada 28 Julai, 2005, saya telah membuat lawatan ke premis defendan dan mendapati defendan telah mengubah suai pili bomba di kawasan premis itu untuk mendapatkan bekalan air secara tidak sah.

"Defendan telah membuat penyambungan dengan menggunakan paip berukuran empat inci dari pili bomba itu dan menyalurkannya ke dalam premis defendan," kata Zainudin.

Defendan, dalam keterangannya pula menyatakan premis itu didaftarkan di atas namanya sebagai hadiah daripada mendiang ayahnya, tetapi beliau tidak tinggal di premis itu pada masa kejadian.

Defendan berkata beliau tidak pernah menyewakan premis itu kepada orang lain dan tidak mengetahui tentang apa-apa perkara yang berlaku ke atas premis tersebut.

Peguam Peter Siew, mewakili defendan menghujahkan plaintif telah gagal membuktikan defendan adalah orang yang telah melakukan sendiri penyambungan air secara tidak sah.

"Terdapat kemungkinan kesalahan ini dilakukan oleh pemilik lot premis lain yang berdekatan dengan lot premis defendan," katanya.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mary Lim Thiam Suan akan memberikan keputusannya esok. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan