Jurulatih Menembak Dihadap Ke Mahkamah Atas Tuduhan Bunuh

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang jurulatih menembak Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian 1 Februari lepas.

Zamil Ahmad Murat, 49, dituduh membunuh Syed Haikar Iskandar Syed Mahdzar, 34, antara jam 4 hingga 4.30 petang berhampiran kawasan semak belakang rumah Lot 19347, Gong Badak, Belakang Depo Syarikat Air Terengganu (SATU).

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Tertuduh yang berpakaian lokap mengaku faham ketika kertas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Jazamuddin Ahmad Nawawi kemudian memohon kepada mahkamah supaya menetapkan tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan pihak pendakwa mengemukakan laporan yang berkaitan berhubung kes terbabit.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Kawasan dan kamar mahkamah sejak awal pagi lagi telah dipenuhi oleh ahli keluarga tertuduh termasuk isteri dan anak-anak jurulatih berkenaan serta sahabat handainya untuk mengikuti prosiding kes.

Dalam kejadian pada 1 Februari lepas, seorang lelaki ditembak mati oleh jurulatih menembak MSN itu ketika cuba memecah masuk ke rumahnya melalui pintu belakang.

Jurulatih terbabit yang ketika itu berada di pusat latihan menembak, telah bergegas pulang ke rumah setelah dihubungi isterinya yang memaklumkan ternampak kelibat lelaki cuba memecah masuk ke rumah mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan