Dua Perompak Jam Rolex Dipenjara 12 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang menyebabkan kematian seorang ahli perniagaan ketika cuba merompak jam tangan Rolex milik mangsa pada 2004, hari ini dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi.

Too Wan Lim dan Lai Chee Kong, yang mengaku bersalah terhadap tuduhan pindaan menyebabkan kematian Chai Mooi Kin, 40, di sebuah restoran makanan laut di Sri Petaling, masing-masing dihukum 12 tahun penjara.

Too, 49, seorang penganggur dan Lai, 40, pemandu lori, diperintah menjalani hukuman itu mulai tarikh mereka ditangkap pada 23 Februari 2004.

Kedua-dua lelaki itu, bersama dua lagi rakan mereka yang masih bebas, menyebabkan kematian Chai apabila mereka melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa yang sedang menjamu selera bersama keluarganya di Janbo Seafood Restaurant di Jalan Pudu Tengah pada kira-kira pukul 7.50 malam 22 Februari 2004.

Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak berkata Too dan Lai telah menjimatkan masa dan kos apabila mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan pindaan itu.

Bagaimanapun, kata beliau, mahkamah perlu mengambil kira penderitaan isteri dan keluarga mangsa akibat kehilangan orang yang mereka sayangi.

Menurut fakta kes, Chai sedang menikmati makan malam apabila sekumpulan lelaki, termasuk Too dan Lai, tiba-tiba menyerbu ke arahnya dan meminta dia menyerahkan jam tangan Rolexnya.

Seorang daripada mereka menolak Chai apabila mangsa enggan menyerahkan jam berkenaan dan kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.

Chai meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada hari yang sama akibat beberapa kesan tembakan.

Lai diwakili peguam Karpal Singh, manakala Richard Ho mewakili Too.

Pendakwaan dilakukan timbalan pendakwa raya Mazelan Jamaluddin. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan