Bekas Pengarah Syarikat Pelaburan Dipenjara Dan Denda

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah syarikat pelaburan hari ini dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah menerima deposit tanpa lesen berjumlah RM5.5 juta.

Hakim Azizah Mahamud memerintahkan Muhamad Khalid Ismail, 62, menjalani hukuman itu bermula hari ini setelah beliau menolak rayuan Muhamad Khalid untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman sementara tertuduh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Azizah berkata tertuduh Muhamad Khalid gagal mengemukakan alasan khas yang membolehkan perlaksanaan hukuman itu ditangguhkan.

Muhamad Khalid yang mengemukakan alasan telah tua dan uzur untuk dipenjarakan, kelihatan gelisah selepas mendengar penghakiman Hakim Azizah.

Walaupun prosiding telah selesai, beliau masih lagi meminta polis mahkamah membenarkannya untuk berjumpa dengan hakim tetapi tidak kesampaian.

Isteri dan anak beliau tidak berhenti-henti menangis dan sebelum dua Timbalan Pendakwa Raya keluar dari mahkamah isterinya sempat mengeluarkan kata-kata kesat.

Muhamad Khalid didakwa menerima deposit daripada Mimos Berhad tanpa lesen yang sah diberikan di bawah Seksyen 6(a) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 ketika menjadi Pengarah syarikat H.Y Investment (M) Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Tower Investment (M) Sdn Bhd).

Dia melakukan kesalahan itu di suit 17.4B-17.5, Menara Weld, No 76, Jalan Raja Chulan, di sini di antara 9 Disember dan 18 Disember 2000.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta berkenaan dibaca bersama Seksyen 106 (1) akta yang sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103 (1) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam penghakimannya, Hakim Azizah berkata pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah dan Muhamad Khalid yang memberi keterangan sebagai satu-satunya saksi pembelaan, telah mengakui bahawa dia tidak mempunyai lesen ketika itu serta mengaku menerima deposit daripada Mimos.

Katanya, pihak bank dan Mimos juga telah menyerahkan beberapa dokumen berkaitan penglibatan tertuduh.

Ketika rayuan, Muhamad Khalid yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa beliau kini tidak lagi bekerja dan tiada sumber pendapatan malah beliau gagal membayar kos guaman hinggakan peguam Iszam Kamal Ismail yang mewakilinya sebelum ini tidak mahu hadir.

Selain itu, Muhamad Khalid berkata orang yang patut dipersalahkan dalam kes ini adalah Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Zamani Abdul Ghani kerana beliau telah meluluskan dana pelaburan.

Katanya kesemua wang pelaburan sebanyak RM5.5 juta juga telah dipulangkan kepada Mimos termasuk RM8 juta keuntungan.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya dari Bank Negara Jasmina Mohd Mokhtar berkata sepanjang perbicaraan tiada bukti yang mengaitkan Zamani dalam kes tersebut.

Jasmina berkata mahkamah perlu menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh bagi membendung jenayah yang sama berlaku dan kesalahan yang dilakukan melibatkan wang negara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan