Tukang Paip Warga Vietnam Didenda RM10,000 Rasuah Polis

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang tukang paip warga Vitenam dijatuhi hukuman denda RM10,000 dan dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku salah menawarkan rasuah kepada seorang anggota polis.

Vu Dinh Thuan, 30, didakwa menawarkan rasuah RM75 kepada Konstabel Mohd Safwan Sallehhuddin di Jalan Leong Bee di Gelang Patah pada 8.35 pagi, 24 Januari lalu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Tertuduh melakukan kesalahan tersebut selepas Safwan hendak menyamannya kerana memandu tanpa lesen.

Ketika ditanya sama ada dia mahu merayu ke atas hukuman tersebut, Vu Dinh yang tidak diwakili peguam, terus menangis dan merayu mahkamah mengurangkan hukuman atas alasan isterinya baru bersalin dan hanya dia seorang yang menyara keluarganya.

Tertuduh berkata kesalahan itu adalah yang pertama dilakukannya sejak bekerja di negara ini enam tahun yang lalu.

Pendakwaan dibuat oleh pegawai pendakwa Ridzuan Abd Malik di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Hakim Salawati Djambari memerintahkan tertuduh dikenakan tambahan 10 bulan penjara jika gagal membayar denda.

Sementara itu, Salawati melepaskan dan membebaskan seorang buruh, berusia 20 tahun daripada tuduhan merogol apabila mangsa yang juga saksi utama kes tidak hadir ke mahkamah sebanyak tujuh kali untuk sebutan kes.

Mohd Al Hadi Roslan, didakwa pada 3 Julai, 2007 atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 15 tahun di sebuah rumah sewa di Kampung Parit Pasir Baru, Pekan Nenas, Pontian antara 12.01 pagi dan 3 pagi pada 26 Jun tahun yang sama.

Dia mengaku tidak bersalah terhadap pendakwaan yang dibuat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Salawati juga mengarahkan wang jaminan dikembalikan kepada tertuduh yang sebelum ini diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusop Khan manakala peguam Azmi Ahmad Bakri mewakili Mohd Al Hadi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan