Empat Lelaki Terlepas Hukuman Mati Kerana Membunuh

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Empat lelaki termasuk dua beradik terselamat dari hukuman gantung selepas mereka mengaku salah terhadap tuduhan pindaan menyebabkan kematian tanpa niat seorang lelaki di ladang kelapa sawit di Sungai Masai pada 2006.

R. Sivanesan, 30, dan K. Santha Kumar, 28, bersama adik-beradik K. Ganesh Kumar, 26, dan K. Kalaivanan, 23, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mereka pada mulanya didakwa membunuh R.Jeyakumaran, 36, pada 2 petang, 20 Jun 2006 dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, keempat-empat tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Dalam pertuduhan pindaan itu, keempat-empat lelaki tersebut didakwa bersama 11 lelaki lain yang masih bebas, yang hadir pada satu perhimpunan haram telah menyebabkan kematian Jeyakumaran tanpa niat.

Menurut fakta kes, keempat-empat tertuduh yang bersenjatakan parang dan kayu telah memukul mangsa manakala seorang daripada 11 yang lain itu telah menetak kepala dan leher mangsa dengan parang sebelum mengheretnya 100 meter dari tempat kejadian dan membakarnya.

Mayat mangsa yang rentung ditemui ahli keluarganya pada 23 Jun dan bedah siasat mendapati mangsa telah mati akibat beberapa kecederaan yang disebabkan benda tajam di kepala dan leher.

Dalam rayuan melalui peguambela masing-masing, mereka memohon anak guam mereka dikenakan hukuman penjara enam tahun bermula dari tarikh tangkap iaitu 1 Ogos 2006.

Timbalan pendakwaraya Faizah Mohd Salleh bagaimanapun memohon mahkamah agar menjatuhkan hukuman yang setimpal kerana jenayah itu telah dirancang dengan baik dan mangsa tidak membuat sebarang provokasi.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memutuskan hukuman penjara tujuh tahun bermula pada tarikh tangkapan adalah sesuai memandangkan tertuduh telah mengaku bersalah dan menyerah diri kepada polis. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan